Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 8, 2010

alter ego

I just discovered that I have an alter ego. Bodoh kan? Bodoh sebab baru sedar yang aku ada alter ego. Sekarang, im living my own original self, “Siti, or Dr Jekyll or lebih senang, Clark Kent.

Aku dah start keje balik. Sangat penat tapi apa nak buat, aku kene gain confidence aku balik and nak hidup senang. Bukan nya tak ber syukur dengan apa yang ada, tapi cuba untuk menambahkan lagi kesenangan untuk masa depan. Cehh!

Sekarang routine harian aku totally berubah. Iman aku hantar ke play school. Its like a nursery tapi dorang lebih ke sekolah nye concept. Kesian memang lah kesian tapi nak buat macam mana, ternyata aku salah seorang ibu yang kene bekerja. Bukan Ibu yang dok kat rumah tunggu anak balik sekolah. Setiap pagi aku hantar Iman, kami dua2 menangis. Aku of course lah tak nangis depan muka teacher dia, tapi aku akan teresak esak dalam kereta, on the way ke tempat kerja. Tiap tiap malam aku berdoa untuk tabah kan hati kami berdua, insyallah, aku rasa mungkin semingu dua ni ok lah tu.  Tapi paling susah nak handle bila time balik petang. Iman akan tunjuk muka dengan aku, kadang kadang she burst into tears. Dia merajuk or menjerit sekuat kuat hati di dalam kereta. Lagi sekali, aku akan mengalir air mata. Giler susah jadi Ibu.

Itulah aku cakap, sekarang im living my original self, iaitu, Siti. Siti adalah seorang yang lembut, pemalu, mengelabah, tak bercampur dengan orang lain. Dan yang lebih penting, tak campur HAL orang lain. Dewi pulak, tersangat lah berbeza. She is loud, kecoh, always intoxicated, irresponsible, mulut tempayan, kaki kutuk, and wild!

Aku pelik sebenarnya, adakah aku sakit? Sakit jiwa? Sakit otak? Emotionally disturbed? Ataupun aku memang ada 2 personality yang berbeza. Aku suka hidup aku sekarang, Sihat, bertanggungjawab and incredibly capable to do anything. Cuma aku tak tahan, bila aku nak bergaul dengan orang, aku jadi nervous, berpeluh, dan aku akan menyumpah dalam hati, kenapa orang nak tegur or berborak dengan aku, can they just leave me alone!? Kalau  Dewi, dia dah menjerit kesukaan, peluk, cium pipi orang tanya khabar, panjang cerita sambil memberi body language yang agak berlebihan.

Aku tak tau nak tulis apa lagi. Aku cuma baru faham sifat aku sendiri. Adakah ini bagus ataupun sebaliknya. Aku harap harap orang kenal benar dengan sifat aku ni, so orang lebih faham perangai aku sebenarnya. 

Wednesday, June 9, 2010

Im engaged!


Today nak tulis pasal hari engagement aku, part happy. Hari engagement aku jatuh on Saturday, 5th June,  after birthday aku tahun ni. Disebabkan terlalu busy dengan preparation, plus, my family, sleeping over, aku tak keluar celebrate. Not even tiup lilin! Tuanyaaaaaaaaa aku!

Kalau nak diikutkan hati memang nak celebrate, tapi this year, aku memang ada reason yang agak kukuh, for not to. Sebabnya aku nak bertunang lah, berapa kali nak explain, ye tak...?

Malam birthday aku, aku berada kat hall yang disewa untuk majlis pertunangan aku. Disebabkan 'wedding planner konon" aku tu, datang punyelah lambat, aku kene tunggu jugak. Ye lah aku mana ada adik beradik lain yang nak aku order around, cuma aku, mak aku and aunty and uncle aku jer, sibok buat preparation. Ada sekali tuh, aku penat sangat sampai aku argue dengan mak aku dengan mengeluarkan statement seperti;
" itulah mak, tak nak beranak ramai2, kalau adik beradik aku ramai kan senang! " aihhhh...ampun mak!

Anyway,  pada malam tu aku masuk tidur agak lambat, dalam pukul 2am. Tak boleh tidur nyenyak sebab aku  banyak sangat berfikir yang bukan2. Contohnye, aku takut sangat bunga bunga pelamin and hantaran aku layu. Memang betul pun sangkaan aku! Bunga aku layu. Yelah nasib baik kawan aku Ajis & Rudi ada,dorang lah yang selamat kan keaadan huru hara di pagi hari pertunangan aku. Bila make up artist aku sampai, kami pun mula dengan process ber make up. sebelum tu, aku dah sediakan makanan dan minuman Iman, so senang sesiapa yang menjaganya tak kelam kabut bila aku dah berada di atas mini dais aku. Iman sweet sangat aku kenakan baju cheongsam berseluar, mudah untuk dia bergerak, instead of wearing baju kurung. Nasib baik cheongsamnya, berwarna pink!

Aku suka sangat bern, make upkan aku. Hasil tangannya agak natural. walaupun rasa macam tebal giler kat muka, tapi bila tengok dalam cermin mahupun dalam camera, nampak ringan sangat. Walaupun pilihan wedding planner aku agak rosak, tapi alhamdullilah, pilihan aku untuk make up artist sungguh tepat! Aku booked bern memang dah lama giler, sebelum rancangan bertunang aku nih wujud, aku dah memang confident bern will be the suitable make up artist for me. Aku tak menyesal, thank you so much bern!

Sesiapa yang berkenan dengan hasil tangan Bern, sila lah hubungi saya di jolieride@yahoo.com, ye!

Bern ambik masa about 1 hour and half untuk make up dan set kan rambut aku. Lepas tu, aku terasa berdebar debar nak kenekan baju kebaya moden aku. Mana tak nye, aku takut, baju tu tak muat, or terlalu longgar. Sebenarnye, baju tu, ada cacat nye, like, bahagian dada corset, agak longgar, tapi aku tak nak biarkan perkara remeh seperti itu menghalang aku daripada rasa happy untuk satu2 nya hari special aku.

Baju aku buat kat Butik Seri Pinang, Subang Parade. Aku hantar sebulan sebelum majlis berlangsung, so jarak masa agak panjang, berjaga jagalah ye, dont forget to monitor your weight! .Tapi Seri Pinang, profesisonal jugaklah, dorang siapkan 1 to 1 and half weeks before majlis untuk fitting. Dont worry pekerja pekerja Seri Pinang semuanya friendly. Aku suka!

Bila majlis berlangsung, aku agak berdebar debar. Mana taknye! aku kene jalan daripada rumah ke multi purpose hall. Macam pengantin! Nasib baik ada kawan aku, Miko, berlakon ala ala jadi pengapit. takde rancangan mengapit sebenarnya, tapi keadaan telah mengizinkan Miko untuk menjadi pengapit aku hari tu. Semua nya agak kena lah hari tu, Miko cantik sangat mengenakan baju kurung chiffon moden, berwarna pink,  sweet sangat. Thank you, mem Miko! i appreciate it a lottttttttttttttttt! :)

Semua nya selesai apabila bakal mak mertua aku menyarungkan cincin. Cincin aku tempah kat De Gem, pilihan aku sendiri. Aku tak pilih diamond, tapi aku pilih colored stone. Batu pilihan aku adalah, aquamarine green stone, ber twisted setting,  rose gold. Aku nak kekalkan wedding theme aku, vintage. Cita cita aku, bila aku ada anak lelaki, aku akan turunkan cincin ini kepada dia untuk di sarungkan kepada bakal tunangnya kelak. Classic..? of course lahhhh!

Walaupun hari tu sungguh memenatkan, aku happy sangat sebab aku dijodohkan dengan tunang yang agak cool. Kami sungguh serasi bila dah start berborak. dia tak pernah letih dan penat melayan karenah aku, and aku tak pernah muak untuk berjanji kepada diri aku sendiri untuk menjadi pasangan yang sempurna untuk nya.

sayang you babe! :-D

Tuesday, June 8, 2010

Memorable experience in my life

Last Saturday, 5th June 2010 was my engagement day. Macam tak cayer, tapi memang betul, aku dah jadi tunangan orang. Heh….! Bukan mudah sebenarnya process bertunang, apatah lagi nikah nanti.

Nak kata aku happy, yes, im happy, aku dah hampir nak mengakhiri zaman bujang, tapi aku sebenarnya tak berapa puas hati dengan service yang aku terima daripada wedding planner aku, MERISIK GALLERY. Indah khabar dari rupa, kata orang. So today, aku nak menulis review untuk tatapan dan pengajaran untuk yang bakal bertunang mahupun berkahwin. I think I have a right to do so, as I paid for the service which I thought memang worth it.

If you read my previous post, aku ada bagitau yang aku hiring MERISIK GALLERY untuk uruskan pelamin, hantaran dan catering aku. Ermm.. from what I experienced, I wasn;t given a proper “wedding planner’ service, I was only given a team who only “lending a hand to help’ apa yang patut. Boleh imagine? Kalau tak boleh, meh…. Aku sertakan all the points here,

-         communication between me and the wedding planner, only through email. Sebabnya dorang ni bekerja, so meaning, wedding planning ni hanyalah di buat part time. So discussion agak tersekat, walaupun details engagement ceremony, seperti, warna pilihan, style untuk pelamin, telah dipilih sendiri, tapi takde further discussion langsung.
-         Khidmat nasihat / advisory service – ZERO
-         No punctuality – reached my house to set up pelamin dalam hall, pun dah hampir pukul 10 malam. Whereby, dorang dah di bagitau, opening hours untuk hall aku, daripada 9am-10pm.
-         Hantaran belom siap pukul 10 mlm satu hari sebelum hari majlis.
-         Kekurangan perkakas, untuk menyiapkan hantaran, jadi hantaran aku nampak CIN-CAI. Sedih aku tengok. And the best part, on the day my engagement ceremony, bunga2 hantaran aku SEMUA LAYU! So, nasib aku agak baik, sebab dikurniakan kawan, like, Ajis & rudi, sebab dorang runner beli bunga kat Petaling Street at around 9am, (and the ceremony supposed to start at 11am)   and ROMBAK balik ke tujuh tujuh dulang hantaran aku. Sepatutunya hantaran aku ada 2 combination of colors, Aqua untuk base, fuschia untuk decorationnye, semua nye takde lah. Only nampak daisy pink jerlah.

So ingat ye, bunga daisy tak sesuai untuk hantaran! Merisik Gallery should know this fact!

Persiadaan MERISIK GALLERY ke atas SATU SATUNYA MAJLIS PERTUNANGAN AKU,  agak lemah lah. Pelamin aku superb tapi agak suram, kenapa?
Sebabnye, mini dais aku sepatutnya ada spotlight kat belakang tempat duduk aku, tapi sebab on the night dorang set up baru perasan switch tak leh guna. And the alternative switch agak agak 16 feet away from my mini dais. So dorang takde extension. So Suramlah mini dais aku, without spotlight.

My opinion: Aku rasa they should know this thing, masa dorang datang ukur tempat hari tuh. They should have their own list, apa yang patut di check, and apa yang patut di tambah. Aku rasa they shouldn’t come to the hall and do inspection only one time, they should come bila perlu. That is why aku rasa persiadaan untuk projek engagement aku, dorang tak buat betul2.

Aku dah bagitau dorang yang aku terpaksa rombak balik hantaran aku, I expect that dorang call aku untuk apologize as a courtesy ke apa, tapi takde langsung. Mungkin dorang takut aku suruh refund balik duit upah hantaran.

Aku frust giler, sebab bila aku browse dorang punye website, aku terus tertarik, tapi sekarang aku tau, dorang tak berapa professional. Aku tersalah pilih. It was way way below my expectation.

Aku seorang yang fussy, aku nak benda yang aku nak, tapi bila orang bagi idea untuk kebaikan aku, aku akan terima. Tapi bukan macam ni.

So, Merisik Gallery, aku suka mini dais tu, suka sangat, tapi hantaran, out sangat2. Service and kerjasama? Memang out sangat sangat. Before this I told my my mother, I wanted to hire you for my wedding but now, aku rasa aku terpaksa carik wedding planner yang betul betul boleh commit to me.

Thanks for everything and good luck. J

Kepada sesiapa yang bertunang mahupun yang nak kahwin, please and please ask a right question to your wedding planner. Biarlah orang cakap you fussy ke banyak songeh ke, takpe, because your day only comes once in your pretty life time!

Seriously!

Hantaran (before) 

                                                                     Hantaran (after) 

Friday, May 21, 2010

My crunchy canai dog!

Hari nih satu hari aku memikirkan apa yang nak dimakan. Aku rasa muak sangat makan nasi. Pagi petang siang malam nasi, nasi, nasi!

So today i had crunchy canai dog for lunch. It's simple, fast, and crunchy! Here's the photos to guide you lah!
Ok, here we go... we need...,

boiled hot dog







Butter  - untuk goreng canai

mayonis - kalau suka

and cili sos.



carrot and Japanese cucumber (sebab lebih crunchy kot..)


and Brand Kawan roti paratha / canai





Dah goreng roti canai, letak mayonis/cili sos sikit atas roti canai







Then susun hot dog and sayur sayuran kat atas roti. kalau letak daun salad lagi sedap!







lepas tu, gulung macam buat popia.







dah habis gulung, potong kalau mulut cukup besar dan luas tak yah potong pun takpe!






Mudah kan? I think ini sesuai sgt untuk snack minum petang ke, breakfast ke, or boleh serve untuk your anak anak yang tengah study sama2 or play date.

Selamat mencuba!

Tuesday, May 18, 2010

Let's do it the old fashion way.

 I love the vintage era. I think it has opened up the soft side of me. The colors, pattern, fashion, are all basically replicate me. Aku rasa mungkin ini ada kene mengena dengan pemikiran aku yang sikit sikit old fashion. Well, mungkin tak semua, tapi yes, some facts, I think or do in a conservatively way.

When you are heading to a brand new future, which is sharing live with the one you love, you might start to think of how to show the outsider, what are you and your partner’s personalities as a couple. Terpulang, dengan apa apa cara sekali pun the new couple might want the friends or the family get to know them as one, and understand what kind of life are they living. If these are not true, well at least to me. I think once you are married, you need to show how happy or how you and your partner live life, securely.

Serious topic, huh? Nahhh.. actually I wanted to highlight about home interior. Agak dramatic, huh.? Aku lah tu. I love drama, its soooo dramatic! :D

Berbalik kepada vintage. Actually aku berangan nak hias rumah aku dengan hiasan vintage. Daripada porch ( kalau dok rumah teres ler..! ), ke living room,  ke tv room, bilik, sampai lah ke dapur. Aku, bukan seorang yang up to date or branded freak sangat. Mungkin that is why aku minat barangan vintage. Here are some of my favourite idea of vintage interior design home. 

                                         Home porch



















Well, all this design semuanya agak western, tapi kalau nak visualise, kira mcam ni lah hiasan yang aku selalu angankan. Munking kalau aku nak jadikan nya reality, my idea mungkin banyak dipengaruhi vintage ala ala local. Mungkin aku kene jajah other state to cari kedai antik or jajah ke all flea market in town or even yard sale. 

Cant wait to have my own vintage interior design home...soon! 











Monday, May 17, 2010

When we "fine dining"!

Last April, Ajis pay us a visit lagi. kebetulan Ash pun around and it was his minggu hari jadi. We were invited to a 'fine dining' dinner at Mandarin Grill, Mandarin Oriental. Bern and Rudie also were there. Lama giler aku tak  have night out. Nasib baik aku dah naik berat badan sebab aku dah boleh pakai one dress that i never wear before. Agak pelik, tapi aku rasa i pulled it off! ceh..!

anyway, this is not the first time aku fine dining. Dulu masa aku kerja kat Hilton, ada try fine dining, coz it was part of our course. to experience the product, and also aku pernah di jemput oleh the CEO of the gym i've worked in long time ago to have an appreciation dinner, pun fine dining jugak. So aku tak lah kekok sangat, sebabnya one thing about me, i dont really care about the table ethical as long as the people i eat with pun kepala selamba. Cuma sakit sikit bila nak order makanan. Thank god, bosses aku sporting masa tuh, dorang yang recommend food to me. :D

sambung balik cerita, aku and ash sampai lambat, sebab aku sibuk jer nak gi blow dry rambut. sekali sekala nak melawa apa salah nye, ye tak? Dinner at 8p,m tapi kami sampai around 9pm. Biasalah, melayu kan. Poor thing, Ajis, Bern and rudie, masih belom order anything, so bila kami sampai semua start membaca menu. Bila aku tengok menu, satu benda pun aku tak faham, of course ada description lah, tapi aku still rasa cam pening nak order, last last aku ambik senang aku order ikan. salmon was my choice. so did ash. dia order jer apa yang aku order.  Sebelum my main course sampai, macam macam makanan kecik yang singgah kat meja kitaorang. ada yang complimentary ada yang come with the dish yang kami ordered. Yang paling pelik was Bern's appetizer, something yellowish liquid served in a shot glass. good luck, Bern! :-D

In the middle of our dinner i got a call from my mother. My mother said, that Iman was crying from the moment we stepped out the door, until now. from the mother's voice i knew that she was panicked. Apart of me rasa frustrated and another part of me rasa menyesal sebab keluar. My mother not really good with children and maybe that's why Iman menangis tak henti henti. After few minutes after the 1st call, my mother call lagi, saying that Iman fall asleep dalam keadaan sedih, so i told Ajis and friends, aku tak leh lepak lama, maybe around 1 dah kene balik. Sekali lagi, aku frust giler. But oh well, ...this the life that i chose. i grew up!              
                         *ajis * satu satu gambar yang aku sempat click!

Lepas dinner kami sempat singgah ke Sultan Lounge. My first time and probably my last. Kat sini aku lebih kekok daripada berada dalam fine dining restaurant. The interior classy sangat sampai aku nak jalan or duduk pun kene maintain. dah memang sign untuk aku give up my night life, the dj played hip hop. After one drink kami balik.

On the way balik aku and ash terserempak dengan accident yang agak weird. Kereta nih macam kene campak daripada atas langit, only god knows apa yang telah terjadi dan apa jadi dengan pemandunya.

Bila sampai kat rumah Iman terbangun bila kami buka pintu. Memang dia tunggu.

Macam mana nak keluar malam kalau macam nih? memang tak lah kot!

Sunday, May 16, 2010

Fuuhhhhhh....!

Its been soooo long i haven't menconteng dinding blog nih. Bukan takde cerita, just malas jer. Yeah, you can say i'm not pretty much a consistent person. boo hoo..! But, untuk mencantikkan keperibadian sendiri, aku boleh cakap aku agak busy dengan preparation my engagement day. yes, its around the corner, ok!

Sepanjang minggu busy aku, macam macam benda terjadi. Iman kene measle, my mother alhamdullilah sudah dah selamat kembali dari umrah, got to choose our wedding/even planner, berita sedih yang menimpa one of my good friend, Nini, salam takziah,  and the most interesting thing happened, Ash is back...for good! 

Ok let me cerita tentang Iman kene measle, boleh jadi panduan sikit sikit. It started with demam agak teruk. Mungkin she having sakit sakit badan, sebab dia memamg menangis, and asyik baring jer. Demam lasted only one day, the next day, ruam merah mula keluar, started daripada kaki and it mula naik ke atas. According to my future mother in law, it suppose start daripada kepala turun ke kaki, tapi iman punya kes, terbalik, mungkin sebab aku dah letak asam jawa paste on her kepala masa dia first day demam. nak redakan panas lah katakan. My f.m.i.l sempat kasi daun semambu untuk mandi and untuk diletakkan di bawah bed sheet. according to petua orang tua, daun tu akan buat ruam ni stop from keluar banyak.tapi Iman, punye ruam keluar laaaaaagiii banyak! Alhamdullilah Iman tak banyak ,songeh, selain daripada dia asyik nak menggaru, other than that dia lompat lompat macam biasa. and the measle lasted about 5-6 days. 

Sebelum my mother pergi umrah, kami sempat choose the wedding/event planner. Yeah, i know, its just an engagement ceremony, nak buat apa wedding planner, but actually we needed one. Yelah nak set up pelamin kat multi purpose hall, and some decoration of course we need a professional help. So we chose Merisik Gallery. Aku pilih MG sebab dorang punye idea very youth-ly. The idea tak terlalu conservative and they are not scared to use lots of colors. So bila fikir fikir, kami pun decide nak suruh MG uruskan catering sekali. Pheewww.... leganya aku  rasa! semua dah settled! 

Pelamin by Merisik Gallery

So sekarang just tunggu hari nya. Nervous jugak sebab takut ramai tak nak datang on my mini big day, ye lah am not really a like-able person, hiks! But anyway, i really hope theday would be a memorable one. The day that i can slot into one of my night story  to my daughters in the future.