Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 8, 2010

alter ego

I just discovered that I have an alter ego. Bodoh kan? Bodoh sebab baru sedar yang aku ada alter ego. Sekarang, im living my own original self, “Siti, or Dr Jekyll or lebih senang, Clark Kent.

Aku dah start keje balik. Sangat penat tapi apa nak buat, aku kene gain confidence aku balik and nak hidup senang. Bukan nya tak ber syukur dengan apa yang ada, tapi cuba untuk menambahkan lagi kesenangan untuk masa depan. Cehh!

Sekarang routine harian aku totally berubah. Iman aku hantar ke play school. Its like a nursery tapi dorang lebih ke sekolah nye concept. Kesian memang lah kesian tapi nak buat macam mana, ternyata aku salah seorang ibu yang kene bekerja. Bukan Ibu yang dok kat rumah tunggu anak balik sekolah. Setiap pagi aku hantar Iman, kami dua2 menangis. Aku of course lah tak nangis depan muka teacher dia, tapi aku akan teresak esak dalam kereta, on the way ke tempat kerja. Tiap tiap malam aku berdoa untuk tabah kan hati kami berdua, insyallah, aku rasa mungkin semingu dua ni ok lah tu.  Tapi paling susah nak handle bila time balik petang. Iman akan tunjuk muka dengan aku, kadang kadang she burst into tears. Dia merajuk or menjerit sekuat kuat hati di dalam kereta. Lagi sekali, aku akan mengalir air mata. Giler susah jadi Ibu.

Itulah aku cakap, sekarang im living my original self, iaitu, Siti. Siti adalah seorang yang lembut, pemalu, mengelabah, tak bercampur dengan orang lain. Dan yang lebih penting, tak campur HAL orang lain. Dewi pulak, tersangat lah berbeza. She is loud, kecoh, always intoxicated, irresponsible, mulut tempayan, kaki kutuk, and wild!

Aku pelik sebenarnya, adakah aku sakit? Sakit jiwa? Sakit otak? Emotionally disturbed? Ataupun aku memang ada 2 personality yang berbeza. Aku suka hidup aku sekarang, Sihat, bertanggungjawab and incredibly capable to do anything. Cuma aku tak tahan, bila aku nak bergaul dengan orang, aku jadi nervous, berpeluh, dan aku akan menyumpah dalam hati, kenapa orang nak tegur or berborak dengan aku, can they just leave me alone!? Kalau  Dewi, dia dah menjerit kesukaan, peluk, cium pipi orang tanya khabar, panjang cerita sambil memberi body language yang agak berlebihan.

Aku tak tau nak tulis apa lagi. Aku cuma baru faham sifat aku sendiri. Adakah ini bagus ataupun sebaliknya. Aku harap harap orang kenal benar dengan sifat aku ni, so orang lebih faham perangai aku sebenarnya. 

No comments: