Aku nye future fiancé, Ash nak balik hari Jumaat ni daripada Riyadh, aku excited giler, tapi dalam hati jer. Sebab aku bukan budak kecik lagi kot, tak leh nak express betul-betul.
Aku mula menghitung waktu, sebab hari nak hitung pun dah tinggal satu hari, nak hitung apa lagikan..? So..hitung masa jer lah. Ash bagitau, dia balik hari Khamis, tapi sampai Malaysia, hari Jumaat lah. Aku mula lah plan itu ini, tapi aku rasa kali ni aku akan guna sebaik mungkin dslr aku. Punye lah beli mahal-mahal, bersemangat giler, sekarang? Main letak jer dalam kotak bawah dressing table kat lam bilik. Apa laah!
Untuk meredakan ledakan excitement hati aku nih, baik aku cakap sikit pasal kain bertunang yang aku beli last Saturday. Aku beli kat Subang jer, malas betul nak gi KL lebih lebih lagi pergi area kain kat JTAR. Adduuuiii dah lah panas kan, dengan aku nih, yang berat badan semakin bertambah, takleh nak pakai seluar pendek, skinny jeans semua dah semakin ketat. Pastuh, sekarang tetiba rasa segan nak pakai baju terdedah dedah, dah tua kot..!, anyway, aku beli jer lah kat butik Maya kat dalam Mydn Mall, USJ. Boleh.. lah harga around RM265 for 2 meter. Aku pun kira puas hati jugak lah dengan warna and corak lace nya. Thank god jugak aku dah jumpa, sebab aku rasa kalau aku gi KL, mau nye aku terduduk tak boleh nak decide kan..? Warna aku beli is pink terang, a.ahh, yang pelik nya aku sekarang obsess sungguh dengan rona pink, tak tau kenapa. Dulu aku ingat lagi, kawan aku suka sangat pink, aku sampai nak termuntah tengok barang barang, baju seluar dia mesti ada warna pink. Sekarang giliran aku pulak, takdelah aku ni dipenuhi dengan rona pinnnnkkk memanjangkan.. just here and there jer.
Tapi kalau masa kawin dapat buat suasana pink best jugak! Camniihhh…!!
Masa kat mall tu, Iman lah pulak ternampak kete kete “token”, apa lagiii! Dia mula panjat satu satu kete kete tu. Ini lah kali pertama dia naik benda nih, kesian anak kami..!
sekarang, aku nak mula mengira masa balik lah. :)
No comments:
Post a Comment